JANA PENDAPATAN BERSAMA TTTE

Saturday, May 7, 2011

CERITA ANIMASI TIGA DIMENSI DI MALAYSIA SATU PENCAPAIAN YANG AMAT MEMBANGGAKAN.



Assallammualaikum dan salam sejahtera kepada pembaca blog saya. Pada hari ini saya mahu berkongsi dengan anda semua mengenai rancangan kartun berbentuk tiga dimensi di Malaysia yang boleh dikatakan semakin melangkah kehadapan setanding dengan negara-negara yang lain.

Setelah rancangan animasi Malaysia paling popular iaitu Upin dan Ipin ditayangkan di televisyen, boleh dikatakan rancangan tersebut mendapat sambutan penonton yang amat menggalakkan.

Rancangan animasi tiga dimensi ini (Upin dan Ipin) pada mulanya ditayangkan di televisyen pada bulan Ramadhan di sebelah petang. Namun disebabkan ianya dapat sambutan yang amat menggalakkan, rancangan tersebut kini telah pun ditayangkan di televisyen rangkaian Media Prima Berhad TV 9. Rancangan ini masih lagi ditayangkan di sebelah petang.

Lebih membanggakan lagi, rancangan ini turut ditayangkan dipawagam dengan tajuk ceritanya (Upin dan Ipin pengembaraan bermula).

Kini terdapat satu lagi cerita animasi buatan Malaysia iaitu Boboi Boy juga ditayangkan di rangkaian Media Prima Berhad TV 3. Siaran rancangan animasi ini adalah pada setiap hari ahad jam 7 malam. Diharapkan rancangan animasi ini juga mendapat sambutan yang menggalakkan daripada penonton semua.

Saya juga berharap negara Malaysia dapat mewujudkan lebih banyak lagi rancangan-rancangan berbentuk animasi tiga demensi ini di masa akan datang.

No comments:

Post a Comment