JANA PENDAPATAN BERSAMA TTTE

Wednesday, June 22, 2011

PERKARA YANG HARAM DILAKUKAN APABILA KETIADAAN WUDUK

Perkara-perkara yang haram dilakukan apabila ketiadaan wuduk.
Disini saya sertakan beberapa perkara-perkara tersebut.


1. Haram sembahyang.
2. Membaca khutbah.
3. Tidak boleh membawa memegang, atau menyentuh kitab suci Al-Quran. Tetapi kalau Quran itu surah Yassin dan didalamnya ada terjemahan, ada doa, maka boleh pegang walaupun ketiadaan wuduk.

HARAM DILAKUKAN OLEH ORANG JUNUB :

APA ITU JUNUB? Junib ialah
1. orang yang melakukan persetubuhan.
2. Junub ialah orang yang keluar air mani.

HARAM DILAKUKAN OLEH ORANG JUNUB :
1. Haram menceraikan pasanagan semasa berada dalam keadaan junub. Hukum talak (menceraikan) semasa berada dalam keadaan junub adalah sah tetapi berdosa. Bugitu juga talak dalam keadaan haid, dan pantang hukumnya sah tetapi berdosa.

Perkara yang kedua yang haram dilakukan oleh seseorang apabila berada dalam keadaan junub ialah melakukan tawaf.

ketiga : Haram menyentuh, dan membawa Quran apabila berada dalam keadaan hadas besar.

Keempat : Haram membaca Al-Quran. Melainkan ianya menjadi zikir.

Kelima : Orang yang uzur @ junub berhenti atau duduk didalam masjid adalah dilarang.

PERKARA YANG HARAM BAGI ORANG YANG HAID DAN ORANG YANG NIFAS.

1. Sembahyang.
2. Tawaf.
3. Menyentuh Quran dan menanggung Quran.
4. Berhenti dalam masjid.
5. Berpuasa.
6. Haram lalu didalam masjid jika khuatir darahnya haidnya menitik
7. Talak ( Pasangan dilarang menjatuhkan talak terhadap isterinya bila isterinya berada dalam keadaan haid. Tetapi bila diceraikannya juga hukum talak itu sah tetapi berdosa.
8. Haram berjimak.

2 comments:

  1. ada tersalah junub = junib...tp bgus sgt pengetahuan ni...

    ReplyDelete