Tuesday, October 18, 2011

CIRI- CIRI ORANG YANG MEMPUNYAI SAKA

Hai, Assallammualaikum :) dan salam sejahtera kepada pembaca blog saya. :) Hari ni saya nak menulis satu artikel yang bertajuk ''Ciri-cici orang yang mempunyai saka''.

Bagaimana seseorang induvidu itu mempunyai saka?. Disini ada ulasan tentangnya.

1. Mampu berubat yang menggunakan jampi yang mempunyai unsur syirik dan merosakkan akidah.
2. Menggunakan mentra atau jampi yang langsung tidak difahami.
3. Mendapat ilmu cara mengubati orang secara tiba-tiba tanpa menjalani kursus perubatan yang betul.
4. Mempunyai kebolehan melakukan perkara-perkara yang bertentangan dengan syariat. ( melakukan perkara yang pelik-pelik).
5. Mendapat perkara-perkara yang pelik menurusi mimpi.

Bilakah saka ini akan berpindah?

Saka akan berpindah sebaik dahaja manusia yang membuat perjanjian dengan jin tersebut meninggal dunia.

Siapakah yang berpotensi untuk mendapat saka?.

1. Anak atau cucu yang sangat sedikit pengetahuan agamanya. Contoh : Tidak solat, jarang solat, jarang membaca Al-quran.

2. Anak atau cucu yang melanggar batasan agama. Contoh : Berzina, minum arak, berjudi, tikam nombor.

3. Saka juga menjadikan orang yang kuat pegangan agama sebagai sasaran. Tujuannya adalah untuk menguji kekuatan iman kita.

4. Orang yang menginginkan kehebatan duniawi.

Tanda-tanda seseorang itu cuba dihinggapi oleh saka :

1. Mimpi melihat hantu didalam tidur.
2. Mimpi berada di tempat yang sunyi.
3. Mimpi berada di kawasan yang kotor atau di kawasan perkuburan.
4. Mimpi jatuh daripada tempat tinggi.
5. Berdiri dan berjalan didalam tidur.
6. Ketawa dan menangis didalam tidur.
7. Gigi berlaga ketika tidur. (berbunyi).
8. Mimpi melihat binatang seperti kucing, unta, ular, tikus, serigala.
9. Mimpi dipatuk ular.
10. Mimpi yang menakutkan dan menyeramkan.
11. Mimpi buruk ( mimpi terkena tindih).
12. Mimpi yang menjadikan kita sering terjaga pada waktu malam.
13. Mmpi menyusukan budak, mendukung budak. (mimpi ini khas untuk orang perempuan sahaja).
14. Orang yang selalu merintih di dalam tidur.
(Ini adalah tanda-tanda ketika mimpi atau tidur).

Ini pula tanda-tanda ketika berjaga:

01. Terlalu emosi.
02. Mudah panas baran.
03. Selalu pening.
04. Selalu lalai daripada mengingati Allah.
05. Mengantuk pada waktu maghrib. (khususnya mengantuk bila berada didalam majlis-majlis ilmu).
06. Malas.
07. Mudah panik / gabra / gelanah.
08. rasa sakit pada satu-satu anggota badan.
09. Melihat sesuatu yang pelik.

Kesan pada orang yang terkena saka.

01. Sukar mendapat anak.
02. Berlaku banyak perkara pelik dalam hidup.
03. Tidak berupaya hidup dengan sempurna kerana menghidap pelbagai penyakit yang tidak dapat dikesan oleh doktor.
04. Tidak suka hidup bergaul dan tidak suka hidup bermasyarakat. (hidup menyendiri).
05. Hidup tidak tenteram.

2 comments:

  1. info ko mmg bgus....aku ada tnda2 msa tdo tu....mak sedara aku pon ada tnda2 kat ats....tokwan aku mmg bela bnda cmni....aku tkut bnda tu trun kat aku sbb aku ni pon jnis yg x kuat imannya.....

    ReplyDelete